Thursday, March 26, 2015

Mia si Kecik yang Kuat dan Tabah

Alhamdulillah Mia dah genap setahun.

Walau perkembangan mia tak macam baby lain mama tetap hepi sayang...

dulu doktor kata mia xleh survive lama.... alhamdulillah Allah perkenankan doa mama n abah...

Sayang Mia.

alah ketika mengandung ll

ni sambungan kisah alahan ak ketika mengandung....

makan tak lalu... tidur tak lena... berjalan sakit... baring pon sakit.... semua serba tak kena... tapi ak enjoy that moments!

Pape pon, waktu 38 minggu 2 hari, puteri sulung kami pon lahir ke dunia ni. Alhamdulillah..

Gembira sungguh hati kami berdua. Baby lahir 23.03.14. Berat baby 2.3 kg, comel sangat. Kecik ajer...

seminggu berpantang.... macam org lain. Tapi tetiba dapat berita yang tak enak...

Baby mia istimewa.. jantung mia berlubang...

Check spital, pastu admit... bila admit baby mia di sakitkan. sakit sangat.. cucuk sana dan sini....

Dua minggu duk spital... Last kami di bwa g IJN utk buat Eco test...

IJN kata tak boleh nak buat apa2. Masalah jantung baby sangat rumit. Ada 5 masalah semuanya.

ASD, VSD, PDA, injap terbalik dan apa tah lagi....

Mia.... doktor kata mia under paliative care, xde ubat untuk mia.

Doktor pesan, tak kisah berapa lama mia ada kat dunia ni... yang penting pastikan mia dpt quality of life slama dia ada di dunia ni.... Owh bertabahlah hati.






Mia si complex congenital heart disease (situs invertus)

Owh berat nya hatiku untuk menerima takdir ini.

Mia disahkan menghidapi sakit jantung berlubang yang sgt complex... 5 masalah untuk jantung Mia

Semoga Mia tabah dan kuat. Jika ada kebaikan dalam kesembuhan si kecil ni.. semoga sembuh la. Andai sebaliknye mama akan belajar utk terima sayang ku.

Tuesday, July 22, 2014

alah ketika mengandung

ni ak nak cerita alahan ak ketika mengandung pulak. ak rasa alah ak agak teruk... tapi ada lg ibu hamil lain yang lagi teruk dan ada ibu yang langsung tak ada alah. jadi ak tetap bersyukur sebab ada pengalaman alah ketika hamil anak sulung.

ak kerap demam time awal mengandung. tak larat bagun pagi pergi kerja. pastu paling yang tak tahan ak hilang daya tumpuan... ak drive kete pergi kerja sendiri. travel juga la dari klang ke shah alam. ikutkan dekat dan sekejap je. tapi jalan jem dan banyak kereta. jadi perjalanan nak pergi kerja ambik masa sejam lebih.

hari hari pergi kerja masuk lambat walhal ak keluar pergi kerja sama je waktu macam sebelum mengandung. dulu ak sampai opis awal... sekarang asyik lewat je. ni kerana ak hilang daya tumpu time driving! serius ak macam tak dapat agak jarak kereta dan tak dapat agak time nak memotong kereta lain.....  kepala asyik berpusing je. macam ada bintang kat kepala... kalau nak kata kene hon dengan kereta lain.. hari hari ak kne hon. alhamdulillah la kene hon aje, xla sampai ak cium kereta lain...so ak overcome masalah hilang fokus ak tu.... ak bawa kete pelan macam kura kura aje. hihi.

bila jalan jem, time driving.... ak stanby plastik dalam kereta. sebab ak pening sampai muntahbile time jalan jem. itu la yang ak lalui selama sembilan bulan mengandung. kalau nak drive time malam lagi failed! memang hubby pon risau tapi dia tak boleh hantar ak pergi kerja.... sebab opis ak utara, opis hubby arah selatan. tak pe la ak gagahkan juga diri ini.... hihi.

kat opis pulak..... ak asyik tidor aje. kepala ak sakit sangat.... selera makan pon tak ade. kalau bab makan tu, ak makan je pape yang depan mata.... makan sambil tutup mata... sebab semua makanan xsedap! tapi ak tetap kena makan sebab baby nak makan apa kalau ak tak makan? ak gagahkan juga telan apa yang ada. sebab ak mkn tanpa perasaan ak selalu ak muntah lepas makan. minum air kosong pon xlalu. ak xsuka makan yang masam masam... tapi hubby suka sangat makan yang masam time ak pregnant ni.

cite pasal hubby pulak.... tiap pagi dia muntah. macam dia pulak yang ngandung! hahahaa.... ak sambung nantila pasal alah ak ni.

Sunday, January 2, 2011

RENUNGKANLAH....

Peristiwa Wanita Ke Neraka Pada Malam Mikraj

Monday, September 07, 2009, 3:24:22 PM | micetkomentar@gmail.com (Irwan)Go to full article
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {margin:0in;margin-bottom:.0001pt;font-size:12.0pt;font-family:'Times New Roman';} p {margin-right:0in;margin-left:0in;font-size:12.0pt;font-family:'Times New Roman';} @page Section1 {size:8.5in 11.0in;margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;} div.Section1 {page:Section1;}
Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"
Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."
Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Lelaki ramai masuk neraka?

Monday, September 07, 2009, 3:16:35 PM | micetkomentar@gmail.com (Irwan)Go to full article
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {margin:0in;margin-bottom:.0001pt;font-size:12.0pt;font-family:'Times New Roman';} p {margin-right:0in;margin-left:0in;font-size:12.0pt;font-family:'Times New Roman';} @page Section1 {size:8.5in 11.0in;margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;} div.Section1 {page:Section1;}
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.


Ref:http://micetdaily.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated


Saturday, December 25, 2010

TEMPAHAN BAJU

Sila hubungi saya untuk sebarang tempahan baju dewasa atau kanak- kanak area Saujana Utama, Sungai Buluh....

Harga:
Baju kurung : Rm50
Kurung Moden : Rm 60
Kebaya : Rm 60
Kurung Pahang : Rm 55
nak tambah piping pon boleh....

Tempahan baju boleh disiapkan  dalam tempoh 2 minggu.

Mimie - 016-3235684