Wednesday, April 29, 2015

Resigned and welcome "HouseWife"

Officially harini last day aku bekerja sebagai pekerja yang mana cukup bulan dapat gaji...... dan akhir bulan tunggu gaji... Hihihi....

Mia pasni mama jaga Mia ye sayang.............
Tak mau nakal- nakal tau. Ibu dan Abg Aniq pon da nak pergi tinggalkan kita... Diaorg nak ikut ayah g qatar. Sedih nye lah....

Meninggalkan dan ditinggalkan...

Meninggalkan opis dan ibu dan aniq meninggalkan kita..


Sunday, April 26, 2015

Mia dan Mia..

Mia yang comel dengan abah sayang.... Mia umur sehari.


Berhenti Kerja dan Jadi Suri Rumah

Akhir bulan 4 ni adalah last day aku kerja dengan RWG OTEC Sdn Bhd.

Sayang nak tinggal kawan- kawan opis yang memang super caring dan I love all of you!!

Korang... doakan aku berjaya jadi suri rumah yang berjaya ye... Semoga Mia sihat macam budak sihat yang lain ye...

Semoga korang success dalam idup dan kerjaya korang.

Terima kasih korang sebab banyak bagi moral support dekat aku untuk terus tabah hadapi hidup ni...

Ika, Kak Jas, Kak An, Hana, Taufik, Abang Izil, Abang Azlee, Abang Hairi dan tak lupa juga bos En. Rahim yang memang aku anggap dah macam bapak angkat aku juga. Hihi.

Lepas ni dah tak dapat la nak makan masakan Chef Izil... uwaaaaaaaaa sedih juga perut ku ni :(


Bye bye gaji bulanan ku, ku korbankan mu demi kasih sayang ku untuk mu anak syurgaku Nur Damia Izzara Sofea Binti Hafizzudin. 

Apalah sangat dengan RM tiga ribu ++ nak di bandingkan dengan peluang yang ada untuk kita terus bersama di dunia ni kan Mia sayang. Akhir bulan gaji mama licin juga, xde penah nye mama kaya dengan gaji yang sejemput ni. Baik mama spend masa ngan Mia dan babah hensem.

Duit boleh cari, tapi masa yang ada untuk bersama anak tersayang tak boleh di ulang. So, setelah solat istiharah aku yakin inilah keputusan yang terbaik untuk kita semua :)

                                                 BYE RWO/ RWG OTEC SDN BHD.



Siapa minat nak kerja dengan company yang support Oil and Gas company boleh try apply kat sini, memang best working environment kat RWO ni :)



Mengandung Lagi dan Bakal Tandem Nursing

Actually aku bakal mentandem nursing Mia dan bakal adik Mia yang akan lahir dalam Oktober 2015 ni.

Okay just nak cerita pasal how suffering i'm during this moment.........

Arghhh, Mia masih fully breast feeding (BF) dan still refuse to use bottle!!!!

Tiap malam Mia konsert melalak nak bf dan production susu ak makin hari makin drop... Ade la sikit cam titis titis embun tu... Mia xpuas dan masih dahaga dan lapar....................

Stress aku di buat nye. Berat Mia pon drop dari 5.8kg drop ke 5.1kg je.

Terasa sedih mengenangkan nasib Mia... Maafkan mama sayang. Selalu harap adik Mia cepat keluar... Nanti boleh la Mia bf cm biasa.

So what we are doing right now to overcome our problem is...............

We are keep trying to feed Mia by using bottles..... Many of choices are given to Mia... Tengok ni;

Meraung Mia bila mama atau babah sua botol susu. Kami bagi EBM kat Mia, dia still xmau feed dari botol.

So...... Kami try and error je... Alhamdulillah Mia mahu minum guna sudu. Cuma agak mencabar kesabaran kami.. Alhamdulillah sekurangye Mia mau minum bila biskut tiger susu + air masak atau susu EBM.

Masalah cuma bila malam... Bila mengantuk nak bf tapi xdapat nak bf dan tak puas nyusu... Alahai, marah betul Mia. Maafkan mama sayang.... Mama bukan sengaja.... Ni semua sebab hormon sayang.... Harap Mia paham. Mia jangan la menangis lagi...... Mia kan paham.... kalau Mia menangis oksigen dalam badan  Mia makin kurang.... Nanti Mia penat... Mama dan abah sayang Mia.

Apa pon aku terasa naik gila dengan semua ni. Tak tahan rasanya nak menanggung semua ni...

Mia masih tak sihat, ear infection, batuk, sembelit.. Mia maafkan mama sayang.


Thursday, April 23, 2015

Mia tak sihat lagi

Sungguh mencabar hidup ni....

Mia ooohhh Mia.... Mama doakan Mia sihat macam baby lain satu masa nanti.

Hari tu ear infection dah okay, skrg tetiba infection balik.... Badan Mia pon panas je...

Semoga sihat anak ku.

Sunday, April 12, 2015

YES aku mengandung

alhamdulillah... ak panjatkan syukur kepada Allah swt kerana telah beri ruang dan peluang kepada ak dan suami untuk bakal menjadi ibu dan ayah. ak disahkan hamil!

pada mulanya, ak pun xperasan yang ak berbadan dua. bulan puasa 2013 thun lepas... ak asyik muntah dan demam teruk. kakak ak tegur dia kata ko ngndung ke? ak kata entah. lepas dia tegur, ak wat tak tau lagi. esok nye pergi kerja, kebetulan member ak ada nak keluar pergi beli barang. ak pesan la tolong belikan pregnant test. ok... member ak da balik opis, aku pon g la mengetes urin... macam nak pengsan ak bile tengok ada dua line naik kt pregnant test tu. dengan terketar ak keluar toilet, melangkah dan terus melangkah. member opis ak pulak dok excited nak tau result urin test tu.. duk tunggu la ak kuar toilet. ak dgn terketar tu duk kata ada dua line la korang...

dengan xsemena member aku jerit kata weiiii tahniah wei... ak snyum aje. pastu ak msg hubby kata nanti balik belikan pregnant test... ak nak test lagi. tadi da test ada dua line. tapi ak xpercaya. kot la pregnant test tu ada khilaf....

so, balik kje hubby belikan pregnant test pulak.. esok pagi bgun tidor ak try lagi. dua line lagi naik.... ak masih xpercaya. sbb ak tak yakin slagi ak tak rasa bby pnye pergerakan.. boleh ke camtu? mana boleh.... dgn masih tak yakin y ak pregnant ak wat xkisah je lagi walau kat hati ada bait hepi....

sebenarnye time aku UPT tu ak demam. so ak g klinik n skali tu terus ckp kat doc. doc sy ni pregnant ke? dia scan n kata tu nmpak tak kantung tu? oooo ada la kantung tu.... ok baru ak percaya yang ak da pregnant.. alhamdulillah....

ak bkn sngja susah nak percaya yang ak pregnant.. tapi da lama ak tunggu saat ni.tiga bulan kosong... ak tau ada lagi pasangan yang lagi lama tunggu.... banyak y ak usahakan...  alhamdulillah ak berjaya.... macam macam teknik buat. makan itu dan ini... hihi. kalau nak tau lebih lanjut pm ak. segan nak cite kat blog ni.. hihi.

Kalau Allah takdirkan kita tak ada rezeki untuk dapat zuriat... tabahkan lah hatimu wahai manusia.... sesungguhnya Allah sedang mengujimu... Allah menyayangimu.... Allah adalah perancang yang terbaik. seandainya Allah mengurniakan mu zuriat, peliharalah ia sebaik mungkin. kerana itu amanah dari Allah....

Kurang Oksigen Dalam Darah Mia (SPO2)

Harini aku di uji dengan rasa yang aku sendiri tak pasti. Mia masih bernyawa, Mia masih bermain seperti biasa... Tapi hati aku dilanda resah yang amat mendalam. Susah nya nak aku luahkan dengan kata. Sepatutnya aku menghargai hari- hari aku bersama Mia walau aku pon tak pasti sampai bila Allah bagi peluang untuk kami menjaga Mia. Mia anak yang istimewa, Mia kuat dan Mama bangga ada anak macam Mia... 

Semalam aku minta babah bawa kami ke hospital Sungai Buluh untuk check kenapa Mia selalu meneran time membuang air besar. Sejak Mia dah start makan solid food masalah sembelit Mia makin meruncing... Sekarang timbul benjolan macam buasir kat bon*0* Mia. Setiap kali membuang Mia akan menagis dan mengiggil2.... Kadang sampai muntah ketika meneran. Sedih hati aku hanya Allah yang tahu. Kesian Mia.... Kadang kerap aku terpikir... kenapa... dan kenapa.....

Doktor minta kami refer pakar..... Sekarang ni, Mia sihat dengan cara dia sendiri;

Mia sembelit dan sudah buasir.
Mia sedang gatal2 badan.
Mia sedang batuk berkahak seperti orang tua.
Mia menghadapi jangkitan telinga. 

Owh hebat nye Mia. Terasa seperti aku ibu yang tak guna dan tak reti menjaga anak. Sedihnya....

Dalam masa sama, aku mengoggle kerana kerisauan melihat buasir Mia.... dan ini hasil nye....

kepentingan oksigen

Tanda-tanda awal kekurangan oksigen termasuk kelemahan keseluruhan, kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot, pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah, perut berasid dan masalah pernafasan.
Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.

Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema.
Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, “Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik ( kekurangan oksigen).
Salah satu cara yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita ialah menjaga air minuman kita. 

yang aku tanda merah tu, itu ada pada Mia. Okay sekian terima kasih. Ini yang buat aku sedih sebab aku takut............................. apa yang pasti aku sayang Mia sangat.

Thursday, April 9, 2015

Mia dan abang Aniq



Hi semua.. Y kiri ialah Mia si Kecik yang Kuat dan kanan abang Aniq sesusuan Mia. Mia dan Aniq beza 20 hari je, Mia lahir 23.3.14 (berat 2.3kg) dan abang Aniq 3.3.14 (3.2kg). Sebenarnye Mia menumpang kasih dengan ibu aniq time mama mia pergi kerja. Sian Mia sayang, mama work..... Mama terasa macam zalim terpaksa kerja dan tak jaga Mia.... Kejam kan mama. Maafkan mama sayang.

Mia tak mau pakai botol susu. Dah macam2 cara try, tapi  Mia tetap reject botol susu...

Ni gambar time Mia bam bam... skg mia dah susut... Berat mia untuk setahun sekarang ni cuma 5.1kg.... okay lah tu... tak pe la Mia sayang semoga ada hikmah di setiap kejadiaan.

Alhamdulillah Mia masih bernafas sehingga ke hari ini.

Dulu kata doktor Mia tak boleh survive lama sebab Mia special. Allah lebih tahu apa yang terbaik kat Mia sayang :)

Sekarang abang Aniq dah boleh berjalan.... Mama tumpang gembira tengok abang Aniq dah jalan. Mia pon gelak bila tengok abang Aniq buka step melangkah. Mia sekarang masih meniarap, meniarap tapi masih tak boleh move ke depan atau belakang... Tak pe sayang, mama tak paksa... Nanti sampai masa Mia merangkak dan berjalan la ye... Mama sayang Mia. Mama paham Mia penat, oksigen dalam badan mia pon tak macam orang lain... Oksigen (SPO2) dalam badan Mia 70% je.  Xpe sayang.... Mia kuat ye.... Mama akan jaga Mia semampu yang boleh :)

Cabaran Si Kecik Mia demam... gegata... ear infection....

Jika ada kebaikan dalam kesembuhan Mia, semoga dia akan sembuh dan jika sebaliknya... Redha kan la diriku........

Owhh mencabar sungguh.... Last week mia demam seminggu, lepas recover dari demam sakit lain pulak hinggap kat mia.

Badan mia gegata. Naik bijik2 besar dan asyik menggaru je la si kecik ni...

Esok nye pulak dengan tak sihat gegata tu.... detect mia kene ear infection plak..... hadoiiii susahnye hati ku...... Lalalala............

Pergi klinik.... doktor kata tak payah ubat titis, dia bagi mia antibiotik suruh makan. ahaha part ubat ni yang lemah nak bagi mia. akhir nye ambik keputusan tak payah bagi mia ubat just cuci tlinga mia pkai cotton bud n minyak habbatusauda. semoga la si kecik sembuh dgn berkat amalkan habatussauda ni.

last week pergi IJN, katanya....................... nanti la sambung.

Thursday, March 26, 2015

Mia si Kecik yang Kuat dan Tabah

Alhamdulillah Mia dah genap setahun.

Walau perkembangan mia tak macam baby lain mama tetap hepi sayang...

dulu doktor kata mia xleh survive lama.... alhamdulillah Allah perkenankan doa mama n abah...

Sayang Mia.

alah ketika mengandung ll

ni sambungan kisah alahan ak ketika mengandung....

makan tak lalu... tidur tak lena... berjalan sakit... baring pon sakit.... semua serba tak kena... tapi ak enjoy that moments!

Pape pon, waktu 38 minggu 2 hari, puteri sulung kami pon lahir ke dunia ni. Alhamdulillah..

Gembira sungguh hati kami berdua. Baby lahir 23.03.14. Berat baby 2.3 kg, comel sangat. Kecik ajer...

seminggu berpantang.... macam org lain. Tapi tetiba dapat berita yang tak enak...

Baby mia istimewa.. jantung mia berlubang...

Check spital, pastu admit... bila admit baby mia di sakitkan. sakit sangat.. cucuk sana dan sini....

Dua minggu duk spital... Last kami di bwa g IJN utk buat Eco test...

IJN kata tak boleh nak buat apa2. Masalah jantung baby sangat rumit. Ada 5 masalah semuanya.

ASD, VSD, PDA, injap terbalik dan apa tah lagi....

Mia.... doktor kata mia under paliative care, xde ubat untuk mia.

Doktor pesan, tak kisah berapa lama mia ada kat dunia ni... yang penting pastikan mia dpt quality of life slama dia ada di dunia ni.... Owh bertabahlah hati.






Mia si complex congenital heart disease (situs invertus)

Owh berat nya hatiku untuk menerima takdir ini.

Mia disahkan menghidapi sakit jantung berlubang yang sgt complex... 5 masalah untuk jantung Mia

Semoga Mia tabah dan kuat. Jika ada kebaikan dalam kesembuhan si kecil ni.. semoga sembuh la. Andai sebaliknye mama akan belajar utk terima sayang ku.