Sunday, April 12, 2015

Kurang Oksigen Dalam Darah Mia (SPO2)

Harini aku di uji dengan rasa yang aku sendiri tak pasti. Mia masih bernyawa, Mia masih bermain seperti biasa... Tapi hati aku dilanda resah yang amat mendalam. Susah nya nak aku luahkan dengan kata. Sepatutnya aku menghargai hari- hari aku bersama Mia walau aku pon tak pasti sampai bila Allah bagi peluang untuk kami menjaga Mia. Mia anak yang istimewa, Mia kuat dan Mama bangga ada anak macam Mia... 

Semalam aku minta babah bawa kami ke hospital Sungai Buluh untuk check kenapa Mia selalu meneran time membuang air besar. Sejak Mia dah start makan solid food masalah sembelit Mia makin meruncing... Sekarang timbul benjolan macam buasir kat bon*0* Mia. Setiap kali membuang Mia akan menagis dan mengiggil2.... Kadang sampai muntah ketika meneran. Sedih hati aku hanya Allah yang tahu. Kesian Mia.... Kadang kerap aku terpikir... kenapa... dan kenapa.....

Doktor minta kami refer pakar..... Sekarang ni, Mia sihat dengan cara dia sendiri;

Mia sembelit dan sudah buasir.
Mia sedang gatal2 badan.
Mia sedang batuk berkahak seperti orang tua.
Mia menghadapi jangkitan telinga. 

Owh hebat nye Mia. Terasa seperti aku ibu yang tak guna dan tak reti menjaga anak. Sedihnya....

Dalam masa sama, aku mengoggle kerana kerisauan melihat buasir Mia.... dan ini hasil nye....

kepentingan oksigen

Tanda-tanda awal kekurangan oksigen termasuk kelemahan keseluruhan, kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot, pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah, perut berasid dan masalah pernafasan.
Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.

Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema.
Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, “Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik ( kekurangan oksigen).
Salah satu cara yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita ialah menjaga air minuman kita. 

yang aku tanda merah tu, itu ada pada Mia. Okay sekian terima kasih. Ini yang buat aku sedih sebab aku takut............................. apa yang pasti aku sayang Mia sangat.

Thursday, April 9, 2015

Mia dan abang Aniq



Hi semua.. Y kiri ialah Mia si Kecik yang Kuat dan kanan abang Aniq sesusuan Mia. Mia dan Aniq beza 20 hari je, Mia lahir 23.3.14 (berat 2.3kg) dan abang Aniq 3.3.14 (3.2kg). Sebenarnye Mia menumpang kasih dengan ibu aniq time mama mia pergi kerja. Sian Mia sayang, mama work..... Mama terasa macam zalim terpaksa kerja dan tak jaga Mia.... Kejam kan mama. Maafkan mama sayang.

Mia tak mau pakai botol susu. Dah macam2 cara try, tapi  Mia tetap reject botol susu...

Ni gambar time Mia bam bam... skg mia dah susut... Berat mia untuk setahun sekarang ni cuma 5.1kg.... okay lah tu... tak pe la Mia sayang semoga ada hikmah di setiap kejadiaan.

Alhamdulillah Mia masih bernafas sehingga ke hari ini.

Dulu kata doktor Mia tak boleh survive lama sebab Mia special. Allah lebih tahu apa yang terbaik kat Mia sayang :)

Sekarang abang Aniq dah boleh berjalan.... Mama tumpang gembira tengok abang Aniq dah jalan. Mia pon gelak bila tengok abang Aniq buka step melangkah. Mia sekarang masih meniarap, meniarap tapi masih tak boleh move ke depan atau belakang... Tak pe sayang, mama tak paksa... Nanti sampai masa Mia merangkak dan berjalan la ye... Mama sayang Mia. Mama paham Mia penat, oksigen dalam badan mia pon tak macam orang lain... Oksigen (SPO2) dalam badan Mia 70% je.  Xpe sayang.... Mia kuat ye.... Mama akan jaga Mia semampu yang boleh :)

Cabaran Si Kecik Mia demam... gegata... ear infection....

Jika ada kebaikan dalam kesembuhan Mia, semoga dia akan sembuh dan jika sebaliknya... Redha kan la diriku........

Owhh mencabar sungguh.... Last week mia demam seminggu, lepas recover dari demam sakit lain pulak hinggap kat mia.

Badan mia gegata. Naik bijik2 besar dan asyik menggaru je la si kecik ni...

Esok nye pulak dengan tak sihat gegata tu.... detect mia kene ear infection plak..... hadoiiii susahnye hati ku...... Lalalala............

Pergi klinik.... doktor kata tak payah ubat titis, dia bagi mia antibiotik suruh makan. ahaha part ubat ni yang lemah nak bagi mia. akhir nye ambik keputusan tak payah bagi mia ubat just cuci tlinga mia pkai cotton bud n minyak habbatusauda. semoga la si kecik sembuh dgn berkat amalkan habatussauda ni.

last week pergi IJN, katanya....................... nanti la sambung.

Thursday, March 26, 2015

Mia si Kecik yang Kuat dan Tabah

Alhamdulillah Mia dah genap setahun.

Walau perkembangan mia tak macam baby lain mama tetap hepi sayang...

dulu doktor kata mia xleh survive lama.... alhamdulillah Allah perkenankan doa mama n abah...

Sayang Mia.

alah ketika mengandung ll

ni sambungan kisah alahan ak ketika mengandung....

makan tak lalu... tidur tak lena... berjalan sakit... baring pon sakit.... semua serba tak kena... tapi ak enjoy that moments!

Pape pon, waktu 38 minggu 2 hari, puteri sulung kami pon lahir ke dunia ni. Alhamdulillah..

Gembira sungguh hati kami berdua. Baby lahir 23.03.14. Berat baby 2.3 kg, comel sangat. Kecik ajer...

seminggu berpantang.... macam org lain. Tapi tetiba dapat berita yang tak enak...

Baby mia istimewa.. jantung mia berlubang...

Check spital, pastu admit... bila admit baby mia di sakitkan. sakit sangat.. cucuk sana dan sini....

Dua minggu duk spital... Last kami di bwa g IJN utk buat Eco test...

IJN kata tak boleh nak buat apa2. Masalah jantung baby sangat rumit. Ada 5 masalah semuanya.

ASD, VSD, PDA, injap terbalik dan apa tah lagi....

Mia.... doktor kata mia under paliative care, xde ubat untuk mia.

Doktor pesan, tak kisah berapa lama mia ada kat dunia ni... yang penting pastikan mia dpt quality of life slama dia ada di dunia ni.... Owh bertabahlah hati.






Mia si complex congenital heart disease (situs invertus)

Owh berat nya hatiku untuk menerima takdir ini.

Mia disahkan menghidapi sakit jantung berlubang yang sgt complex... 5 masalah untuk jantung Mia

Semoga Mia tabah dan kuat. Jika ada kebaikan dalam kesembuhan si kecil ni.. semoga sembuh la. Andai sebaliknye mama akan belajar utk terima sayang ku.

Tuesday, July 22, 2014

alah ketika mengandung

ni ak nak cerita alahan ak ketika mengandung pulak. ak rasa alah ak agak teruk... tapi ada lg ibu hamil lain yang lagi teruk dan ada ibu yang langsung tak ada alah. jadi ak tetap bersyukur sebab ada pengalaman alah ketika hamil anak sulung.

ak kerap demam time awal mengandung. tak larat bagun pagi pergi kerja. pastu paling yang tak tahan ak hilang daya tumpuan... ak drive kete pergi kerja sendiri. travel juga la dari klang ke shah alam. ikutkan dekat dan sekejap je. tapi jalan jem dan banyak kereta. jadi perjalanan nak pergi kerja ambik masa sejam lebih.

hari hari pergi kerja masuk lambat walhal ak keluar pergi kerja sama je waktu macam sebelum mengandung. dulu ak sampai opis awal... sekarang asyik lewat je. ni kerana ak hilang daya tumpu time driving! serius ak macam tak dapat agak jarak kereta dan tak dapat agak time nak memotong kereta lain.....  kepala asyik berpusing je. macam ada bintang kat kepala... kalau nak kata kene hon dengan kereta lain.. hari hari ak kne hon. alhamdulillah la kene hon aje, xla sampai ak cium kereta lain...so ak overcome masalah hilang fokus ak tu.... ak bawa kete pelan macam kura kura aje. hihi.

bila jalan jem, time driving.... ak stanby plastik dalam kereta. sebab ak pening sampai muntahbile time jalan jem. itu la yang ak lalui selama sembilan bulan mengandung. kalau nak drive time malam lagi failed! memang hubby pon risau tapi dia tak boleh hantar ak pergi kerja.... sebab opis ak utara, opis hubby arah selatan. tak pe la ak gagahkan juga diri ini.... hihi.

kat opis pulak..... ak asyik tidor aje. kepala ak sakit sangat.... selera makan pon tak ade. kalau bab makan tu, ak makan je pape yang depan mata.... makan sambil tutup mata... sebab semua makanan xsedap! tapi ak tetap kena makan sebab baby nak makan apa kalau ak tak makan? ak gagahkan juga telan apa yang ada. sebab ak mkn tanpa perasaan ak selalu ak muntah lepas makan. minum air kosong pon xlalu. ak xsuka makan yang masam masam... tapi hubby suka sangat makan yang masam time ak pregnant ni.

cite pasal hubby pulak.... tiap pagi dia muntah. macam dia pulak yang ngandung! hahahaa.... ak sambung nantila pasal alah ak ni.