Sunday, April 12, 2015

Kurang Oksigen Dalam Darah Mia (SPO2)

Harini aku di uji dengan rasa yang aku sendiri tak pasti. Mia masih bernyawa, Mia masih bermain seperti biasa... Tapi hati aku dilanda resah yang amat mendalam. Susah nya nak aku luahkan dengan kata. Sepatutnya aku menghargai hari- hari aku bersama Mia walau aku pon tak pasti sampai bila Allah bagi peluang untuk kami menjaga Mia. Mia anak yang istimewa, Mia kuat dan Mama bangga ada anak macam Mia... 

Semalam aku minta babah bawa kami ke hospital Sungai Buluh untuk check kenapa Mia selalu meneran time membuang air besar. Sejak Mia dah start makan solid food masalah sembelit Mia makin meruncing... Sekarang timbul benjolan macam buasir kat bon*0* Mia. Setiap kali membuang Mia akan menagis dan mengiggil2.... Kadang sampai muntah ketika meneran. Sedih hati aku hanya Allah yang tahu. Kesian Mia.... Kadang kerap aku terpikir... kenapa... dan kenapa.....

Doktor minta kami refer pakar..... Sekarang ni, Mia sihat dengan cara dia sendiri;

Mia sembelit dan sudah buasir.
Mia sedang gatal2 badan.
Mia sedang batuk berkahak seperti orang tua.
Mia menghadapi jangkitan telinga. 

Owh hebat nye Mia. Terasa seperti aku ibu yang tak guna dan tak reti menjaga anak. Sedihnya....

Dalam masa sama, aku mengoggle kerana kerisauan melihat buasir Mia.... dan ini hasil nye....

kepentingan oksigen

Tanda-tanda awal kekurangan oksigen termasuk kelemahan keseluruhan, kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot, pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah, perut berasid dan masalah pernafasan.
Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.

Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema.
Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, “Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik ( kekurangan oksigen).
Salah satu cara yang kita boleh amalkan untuk meningkatkan kadar oksigen dalam badan kita ialah menjaga air minuman kita. 

yang aku tanda merah tu, itu ada pada Mia. Okay sekian terima kasih. Ini yang buat aku sedih sebab aku takut............................. apa yang pasti aku sayang Mia sangat.

No comments:

Post a Comment